Keranamu saudaraku...


07 September 2010

Sepetang itu.......Edisi ke-3

Ustaz mentadabbur Surah An-Nasr,para akhwat dan mualaf tekun mendengar tazkirah Ustaz.Mari kita melihat maksud Surah An-Nasr ayat 1-3:-

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

1.Apabila telah datang pertolongan ALLAH dan kemenangan.

2.dan engkau akan melihat manusia berbondong-bondong masuk agama ALLAH.

3.maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya.Sungguh,Dia Maha Penerima Taubat.

Ustaz menerangkan pertolongan ALLAH akan datang dan kita akan melihat manusia akan masuk Islam secara beramai-ramai,contohnya seperti di Kg Tambalang ini.Semakin ramai orang memeluk agama Islam,yang ketika dahulunya penganut agama Kristian.Majoriti muallaf di sini adalah berbangsa Dusun.Apabila orang kafir melihat semakin ramai orang masuk ISLAM,mereka akan jatuh kasih untuk masuk ISLAM kerana melihat kemurniaan ad-deen ini.

"Bertasbihlah kamu dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya.Suingguh Dia Maha Penerima Taubat".

Ustaz memberi contoh seorang ibu akan pasti senantiasa mengingati dan mencari anaknya.Jika si anak tidak mengingati dan mencari ibunya maka dia adalah anak yang durhaka.Sama seperi kita iaitu seorang hamba apabila tidak mengingati ALLAH,maka kita adalah hamba yang DURHAKA.

"hamba yang DURHAKA?,"Naurah terpempan.Aku tidak mahu menjadi hamba yang durhaka Ya ALLAH,bantulah hambaMu ini Ya ALLAH.Terlalu banyak dosa yang dilakukan menyebabkan Naurah menekur memandang lantai.Hampir menitik air matanya mendengar tazkirah ustaz yang menyentuh qalbu itu.Sudah lama hati ini tidak disirami oleh air-air nasihat.Ya ALLAH.Aku leka Ya ALLAH.Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan peluang yang amat berharga ini.Pimpinlah diri ini menuju RedhaMu dan syurga tertinggiMu serta melihat wajahMu....Selamatkan diri ini jika tesasar jalan....Ya ALLAH...bantulah hamba...Hamba tidak kuat tanpa pertolongan darimu.

"Kita akan solat Zuhur dahulu dan kemudian kita akan mengaji.Kita tunaikan yang wajib dahulu,"beritahu ustaz.

Ustaz meminta seorang kanak-kanak lelaki yang usianya 11 tahun untuk iqamah,tetapi kanak-kanak itu menolak.

Ustaz berseloroh, "Hai,takkan kita mahu perempuan yang iqamah,"

Kami ketawa kerana ustaz ini sangat humor.Jenaka yang dibuat dalam keadaan tenang tapi selamba.Akhirnya ada seorang remaja mengalunkan iqamah.Hari itu hanya 2 orang lelaki sahaja yang datang,tidak tahu mana lelaki yang lain.Majoriti yang datang surau adalah kaum ibu.Solat berjemaah dimulakan.Aktiviti mangajar iqra' dimulakan selepas itu.Mak cik-mak cik tersebut boleh memilih mana-mana sahaja di antara kami untuk menjadi ustazah mereka.Naurah rasa nak tergelak kerana kelakar juga di UMS ambil engineering tapi panggil ustazah.Apa-apa jak la kan.
                                                    Suasana ketika mengajar mengaji


Anak murid Naurah bersilih ganti,anak murid pertama kelihatan seperti dalam kepayahan untuk membaca huruf-huruf Al-Quranm tersebut.Renik-renik peluh kelihatan di dahinya,Naurah  berkata di dalam hatinya,"Aku garang sangat ke?".Sehingga muka surat 3 mak cik tersebut menyerah.

"Berpeluh-peluh sudah saya ni"kata mak cik tersebut.

"Saya garang sangat ke mak cik?"tanya Naurah.

"Ndak-ndak"jawab mak cik tersebut.

"Ok la kalau begitu,"Naurah mengangguk faham.

Giliran mak cik yang ke-2,mak cik ni pandai sudah mengaji.Pandai tarannum juga.Alhamdulillah bacaannya bagus.Mak-cik yang ke-3 pun bacaannya ok.Hujan semakin lebat di luar.Tiba-tiba terdengar mak cik-mak cik tersebut memberitahu air sungai naik kalau hujan lebat begini.Akhwat berpandangan sesama sendiri.

Terbayang di mata Naurah jikalau air sungai itu naik.Kereta Kancil mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk tidak melepasi sungai tersebut.Pacuan empat roda sahaja boleh lepas.Masyarakat Sabah kebanyakannya memandu pacuan empat roda kerana faktor muka bumi dan jalan raya.Kereta tersebut tahan lasak."Kancil?Habisla rosak gamaknya,"bisik Naurah dalam hati.

Naurah tidak lepas berdoa supaya hujan berhenti.Kami tidak boleh menunggu lama kerana masing-masing mempunyai aktiviti masing-masing selepas ini.Sebelum pulang kami berkumpul semula dan mengalunkan asmaul-husna bermai-ramai.Rasa bersemangat,kerana sudah lama Naurah tidak mengalunkan kalimah ini.Semasa bersekolah menengah,setiap hari mengalunkan asmaul-husna kerana merupakan protokal perhimpunan.Bacaan asmaul-husna merupakan salah satu tentatif.Tidak kira semasa di SMKA Sharifah Rodziah,Melaka mahupun MRSM Terendak,pasti ia menjadi kerutinan.Yang seronoknya semasa di SMKA Sharifah Rodziah,selepas perhimpunan kami akan beramai-ramai membaca Al-Quran dan mentadabburnya sebelum bermulanya sesi pembelajaran.Bacaan Al-Quran dikawal oleh seorang pengawas yang bertugas dan pastinya di setiap kelas dikhaskan 1 meja untyuk meletakkan tafsir Al-QURAN pelajar di kelas tersebut.Ketika zaman tersebut masih belum ada tafsir mini sekarang,tafsir semuanya tebal-tebal belaka.Bibir Naurah mengulum senyuman apabila mengingati kenangan itu.

Terima kasih Ya ALLAH kerana mempertemukan aku dengan para akhwat.Seringkali ketika di MRSM jiwaku kekosongan kerana kurangnya pengisian rohani.Dipandang sinis oleh rakan-rakan dan para guru kerana memakai tudung labuh.Pernah saja junior mengutukku kerana  memakai tudung labuh.Sejak itu,Naurah sering berdoa supaya dipertemukan kembalikan dengan nikmat yang hilang itu dan istiqamah melakukannya hingga ke akhir hayat.Alhamdullah hampir 3 tahun berdoa,barulah doanya termakbul.Ayuh ukhti,berdoalah kepada ALLAH.Bila mahu dimakbulkan jangan dipersoalkan.

"We do our work first,then let's ALLAH do his work."

Waktu untuk berangkat pulang sudah tiba.Tiba-tiba suasana bertukar menjadi sedih.Sedih ingin meninggalkan hati-hati yang mencari Islam.Sanggup melakukan apa sahaja untuk ISLAM,tetapi di luar sana manusia meninggalkan ISLAM,menginjak-nginjak Islam dari kehidupan mereka,rasa malu apabila memakai pakaian Islami dan berbagai-bagai lagi.Pening kepala Naurah memikirkannya.

Bangunlah wahai ummah dari tidurmu yang lena!!!Islam memerlukanmu!!!Kemuliaan Islam di tanganmu!!!Orang akan memandang ISLAM di setiap posisi anda!!!Musuh Islam pasti akan gembira apabila anda jauh dari Islam kerana tugas mereka semakin mudah untuk menghancurkan Islam!!!Jangan berlengah lagi!!!Bergabunglah dengan mana-mana jemaah Islam!!!

"Hidupkan Islam di dalam hatimu,nescaya tertegaklah Islam di daulahmu"~Hassan Hudaibi~

--------------------------------------------------------------------->>>>>>>>bersambung

5 comments:

  1. SALAM....ana sgt tertark membaca cerita sepetang itu, ana sgt tersentuh ngn cr penulis menyampaikan cerita ni..terlalu byk kejadian yg menarik & isi hati penulis yg kdg2 xterdetik pun d hati ana...ana harp penulis dapat menghabiskan cerita ini dgn cept krn ana sgt excited nk tau ending cerita ni...WASSALAM...

    ReplyDelete
  2. To anonymous...IA ana akan habiskan cerita ini secepat mungkin kerana ada banyak kisah2 lagi yang bakal menyusul.Doakan untuk yang akan datang.jzkk atas sokongan

    ReplyDelete
  3. SALAM...wah..sebutir2 dialog sebiji lah..mmg kisah benar nih..semoga kenangan yg indah ini akan tersemat di dada para akhwat selamanya...ukhti fillah abadan abada...

    ReplyDelete
  4. to miss tudge:ukhwah fillah abadan abada
    real story?lebih kurang la...tapi perlu ada feel nak tulis ni..huhu

    ReplyDelete
  5. subhanallah..corak penceritaan yg menarik disusuli dgn kejujuran dan keikhlasan..kisah benar yg perlu disebarkan kpd umat islam..harap cuba gabungkn cerita sepetang itu menjadi sebuah cerpen (cerita pendek) yang blh diusahakn dimasukkan dlm majalh sinergi..blh cuba hantar artikel saudari ke synergymedia2010@gmail.com..untuk menjadi calon artikel dimasukkan dalam rubrik "artikel pilihan" edisi ke-3 kelak..sekian..

    ReplyDelete