Keranamu saudaraku...


03 November 2010

Nasi ayam RM 8???

Usai mengajar mengaji di Tadika UMS,kami bergerak pulang.Eg katanya nak pulang ke rumah,aku pula hendak ke Masjid UMS.Disebabkan perut berkeroncong minta diisi,haluan motosikal dihala terus ke Kg E.Keropok lekor tidak dilupakan.Eg bertanya kepada saya, “Akak tak nak beli nasi ke?.”.Aku jawab,nak.
Mataku melirik ke arah Afiq anak Dr Sabariah, yang kebetulan lalu bersama ayahnya di Kg E, kerana malu dia menarik-menarik baju ayahnya menumpang menyorok muka.Aku berkata di dalam hati, Afiq,Afiq,malu betul dia dengan kami kerana baru saja kami habis mengajar iqra’ kepadanya.Tak pe la kalau malu,abaikan saja.Kami mahu beli makanan dulu.
Perut berbunyi-bunyi minta diisi.Restoran nasi ayam menjadi pilihan.Memang kegemaranku makan nasi ayam.Mataku buntang melihat ayam besar diletakkan ditengah-tengah.Terus tanya mak cik di situ harganya.Yang kecil berharga rm3.50 yang tengah-tengah ni rm8.00.Aku mengangguk.. “yang di tepi ni pula?”.Aku nampak jari mak cik tu tunjuk 4 jari...murahnya!!! desisku dalam hati.nak yang ni  la saya menunjukkan bahagian ayam yang bahagian tepi..Tiba-tiba datang, penyelia restoren tersebut, “Sedap ayam ni,ayam madu,”.Aku hanya angkat bahu, “Ya betul sedap,hari ni testing je...xcukup 1 set..sepatutnya ada fries,”tambahnya lagi. “Ooo...kalau sedap saya datang lagi,”balasku.
Aku menunngu mak cik tersebut menapau makanan,sedikit pelik kenapa nasi putih?selalunya nasi kuning?Tapi hanya bermain di fikiran saja...tak pula bertanya.
Mak cik tersebut membawa ayam tersebut ke kaunter.Aku pun pelik kenapa dia yang bawak,selalunya aku beli..dia bagi plastik tu dan aku akan ke kaunter...dan bayar.Takpela kalau macam tu...aku terus ke kaunter dan mengeluarkan sehelai not berwarna hijau RM5..masa nak bayar..orang tu cakap RM 8...Ha!!!Terkejut beruk saya dibuatnya...tadi kata RM4..kenapa tiba-tiba RM8...tapi sebab panik aku terus mengeluarkan not merah rm10,terus bayar dan berlalu segera mendekati Eg.
“Eg, kamu tau x..nasi ni 8 ringgit,tadi akak dengar mak cik tu cakap 4 ringgit,” aku meluahkan rasa tak puas hati kepadanya.
“Kamu dengar berapa ringgit tadi mak cik tu cakap,”Tanyaku lagi.
“ Saya dengar 4 ringgit,”jawap Eg.
“ Macamani,  sape nak makan ayam ni,alaa...tak kan nak makan sorang,”rungutku.
“Jom makan sama-sama Eg,”ajakku.
“Saya nak makan ngan Kak Ija,”jawab Eg.
“Oh..tak pe la kalau macam tu,”jawah saya lemah.
“Eg,cuba tanya mak cik tu,berapa ringgit sebenarnya, 4 ringgit atau 8 ringgit,akak malu la” pinta saya pada Eg tanda masih tidak berpuas hati dengan harga makanan.
Saya menunggu Eg di sudut kafe.Beberapa minit kemudiaan Eg datang ,aku tidak sabar-sabar lagi terus bertanya, “Berapa harga dia Eg,”.”8 ringgit la kak,yang dia tunjuk 4 tadi tu maksudnya potong 4 ayam tu,”jelas Eg.
“Oh...ye ke,”aku mengangguk faham.
“Kita x berapa nak dengar sangat kan kak sebab terhalang dek cermin dia yang tinggi tu,dia cakap potong 4,kita ingat 4 ringgit,”sambung Eg.
“Tak penah2 akhwat beli nasi sampai 8 ringgit,”kata Eg.
“Tu la...geram akak..,”keluhku.Aku berfikir didalam hati,mungkin kerana berl;ebih-lebihanku dengan urusan dunia menyebabkan aku begini.
Ya ALLAH,ampunilah aku denagn sikap berlebih-lebihanku dengan duniamu.Aku khilaf Ya ALLAH..Ampunilah aku....Bergenang air mataku ketika menulis cerita ini.Saya nak makan nasi ayam madu ni dengan akhwat.Tak nak makan sorang2.