Keranamu saudaraku...


08 September 2010

Edisi Terakhir ..........Sepetang itu

Semua akhwat bersalaman dengan para mualaf Kg Tambalang yang hadir dan isteri ustaz.Naurah cuba mengawal air matanya dari menitik.Janganla keluar masa ni.Sempat juga Naurah dan akhwat-akhwat yang lain berpesan kepada mak cik-mak cik tersebut supaya rajin-rajin mengaji.Insya-ALLAH ada rezeki kami datang lagi.

Kepulangan kami bukan dengan tangan kosong.Banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang dititipkan untuk kami dan ustaz.Buah-buah tempatan yang banyak dan ranum.Sepanjang perjalanan kami datang ke Kg Tambalang,pokok-pokok buah-buahan tumbuh melata di lereng bukit.Memang gayat masa tengok kali pertama.Pokok tarap yang disangkakan pokok cempedak oleh akhwat.Rasa nak tergelak pun ada.Lawak sungguh.Pokok tarap ni tiada di Semenanjung.Hanya di bumi Sabah jak pokok ni tumbuh.

Kami bertukar buah tangan kerana akhwat tidak lupa membeli buah tangan untuk mereka sebelum datang ke Kg Tambalang."Win-win condition".Berlumba-lumba melakukan kebaikan.,terutamanya sekarang ini kita berada di bulan Ramadhan.Sedekah yang paling baik adalah di bulan Ramadhan.

Saudaraku yang dicintai kerana ALLAH!Sedekah itu adalah perdagangan yang amat menguntungkan Marilah kita sama-sama hayati sabda Rasulullah saw berikut:-

Dari Abu Hurairah ra,Rasulullah saw bersabda:

" Barangsiapa bersedekah meskipun seharga kurma,namun dari hasil yang baik dan ALLAH tidak akan menerima sesuatu kecuali yang baik,sesungguhnya ALLAH akan menerima sedekah kurma tersebut dengan tangan kananNya.Kemudiaan dia akan menggandakannya untuk orang yang bersedekah,sebagaimana salah seorang di antara kalian memelihara seekor anak kuda,sehingga sedekah kurma tersebut menjadi sebesar gunung,"
                                                                      Hadis Riwayat Bukhari(1321)

Terima kasih kepada semua penduduk Kg Tambalang atas buah-buahnya.Sedap sungguh.Perjalanan pulang seperti biasa.Naurah sangat berhati-hati mengawal "brake" dan "clutch" kereta kerana jalan licin.Alhamdulillah selamat turun tapi kami terhenti sebelum kawasan sungai kerana airnya naik.Kereta ustaz pun berhenti juga.

"Solehah cuba kamu tanya ustaz macamana sekarang ni,nak tunggu atau nak redah sungai,"pinta Naurah sambil matanya tidak lepas memandang sebuah Land Rover meredah sungai tersebut.

Solehah sudah kembali ke kereta."Ustaz kata IA boleh lepas kereta redah sungai,"beritahu Solehah.Muka Naurah pucat kerana kali ini aras sungai naik tinggi."Boleh lepas ke tak ni??Ya ALLAH..bantulah kami Ya ALLAH.Kami sangat-sangat memerlukan pertolonganmu.Suasana di dalam kereta tiba-tiba senyap,pastinya juga akhwat di dalam kereta berdoa di dalam hati.

Kereta sudah berada di sungai,tangan Naurah semakin kejap dan kuat mengawal stereng kereta dan alhamdulillah selamat sampai di seberang.

"Alhamdulillah kak,kita selamat menyeberang,"kata Solehah teruja.Khaulah di belakang juga mengucapkan hamdalah.

"Akak!!!"Solehah menguatkan suaranya kepada Naurah.

Barulah Naurah tersedar,"Maaf-maaf akak lambat response,"terasa muka Naurah masih dalam keadaan tegang.Mungkin perasaan cemas tadi belum hilang.

"Akak rasa kulit muka akak ni tegang lagi,sama  macam tahan rasa takut masa redah sungai tadi,"kata Naurah mengurut kulit mukanya supaya kembali ke keadaan asal.

"Kulit muka saya pun sama kak,"tambah Naurah.

"Memang kecut perut la tadi,hanya ALLAH yang tahu.Hai Khaulah,bising nampak,tadi kat belakang senyap je,"usik Naurah.

"Memang la bah,tadi kan semua orang dalam keadaan ketakutan dan cemas,memang la senyap,"komen Khaulah.

"Betul,memang tak terkata apa tadi,memang tawakal sesangat pada ALLAH.Kalau dulu saya drift kan kak,pastu layan corner,saya bukannya tawakal pada ALLAH.Tawakal dengan keadaan kereta,Tapi sekarang pemikiran saya dah berubah,segalanya semua kita kena sandarkan pada ALLAH,"tambah Solehah.

"Alhamdulillah,"ucap Naurah.

Banyak sangat perkara yang Naurah dan akhwat lain belajar.Banyak sangat.Terima kasih YA ALLAH atas nikmat Islam,Iman dan Tarbiyah serta segalanya.

------------------------------------->>>TAMAT<<<------------------------------------

p/s:To all akhwat wa ikhwah yang dikasihi kerana ALLAH,teruskan perjuangan da'wah kalian walaupun di mana kalian berada.Jazakumullahkhukhairan kathira atas doa antum dan antunna.Moga da'wah makin gencar dan iman semakin meningkat dan semakin ikhlas.Doakan da'wah kami di bumi Sabah ini.Wallahua'lam.