Keranamu saudaraku...


05 September 2010

Sepetang itu.......

"Akak,jom la ikut saya pergi ajar mengaji kat Kg Tambalang"ujar Solehah.

"Tengok dulu,sebab journal untuk fyp akak tak cukup lagi,dapat cari 1 journal je semalam,"jawab Naurah.

"Habis tu,sape yang nak ikut saya ni,jom la kak!!!"Solehah masih tidak berputus
asa mengajak Naurah dan akhwat-akhwat yang lain.Pertanyaannya berlalu sepi
tanpa ada confirmation dari akhwat-akhwat rumah. Naurah masih berfikir-fikir
tentang aktiviti-aktiviti studynya dan da'wah.

Dalam hati,Naurah bermonolog "Maaf ye Solehah,bukan akak tak nak bagi
jawapan sekarang dan bukan juga akak nak menolak tugas dakwah yang ini,
tapi akak  perlu mengatur jadual dengan baik, supaya apa yang dirancang
berjalan dengan baik".

Ampunkan aku Ya ALLAH jika masih ada di dalam hati ini rasa
bermalas-malasan untuk menjalankan amanahmu.Thabatkan hatiku
dengan nikmat iman dan Islam ini.Masyarakat Islam di Sabah ini
masih mengharapkan tangan-tangan membantu mereka kembali
kepada kemurniaan Islam.Tidak ada masa lagi untuk para dai' dan
dai'yah bermalas-malasan lagi.

Ayuh ukhti,kobarkan semangat da'wah dan jihad!!!

Lebih kurang jam 11 pagi,Naurah bersiap-siap untuk pergi ke Kg
Tamalang."Solehah akak jadi ikut kamu"beritahu Naurah kepada
Solehah.

"Kak Khadijah,Kak Fatimah dan Kak Aisyah pun ikut,tapi diaorang 1
kereta la"jawab Solehah.

"Oh,ok"jawab Naurah ringkas.

"Jap jap,mintak la Kak Khadijah amik kita kat rumah"tambah Naurah.

"Jauh la kak,dia amik Kak Fatimah dan Kak Aisyah coz satu jalan.Ustaz Mosleh
tunggu kita kat Pekan Telipok"jawab Solehah.

"Kita naik keta la ni?Sape yang nak drive?Jalan die curam sesangat.Gerun
akak.Kita berhenti kat Pekan Telipok,then sewa van la macam minggu lepas.
Macamane?"

"Ye la kak,saya pun takut,"Solehah bersetuju.

Sampai di Pekan Telipok,kami mencari-cari kereta akhwat yang satu lagi,
tapi masih tidak kelihatan.Rupa-rupanya terlindung di hujung tempat parking
kereta itu.Selepas berbincang mereka tidak berani membawa kereta naik
ke Kg Tambalang.Keputusan dibuat.Ketiga-tiga mereka naik kereta
Ustaz Mosleh dan yang selebihnya naik kereta Kancil.Solehah bersetuju
Naurah menjadi pemandu.Perjalanan dimulakan.

Setibanya kami di jambatan yang menghubungkan Pekan Telipok
dengan Kg Tambalang,kelihatan lori dan pekerja-pekerja sedang
membaiki jambatan.

"Macamana ni,jambatan tak boleh lalu.Kene lalu jalan mana pulak ni"Naurah
gusar.

"Cuba tengok kereta depan kereta Ustaz,hah!!!!lalu sungai tu ke???"
kami terkejut melihat kereta itu meredah sungai.

Nampaknya kami kena redah jugak lah sungai itu sebab ia satu-satunya jalan nak
naik ke atas.Naurah agak cemas dan gusar  kerana sepanjang hampir 5 tahun dia
bermastautin di Sabah,inilah kali pertama pengalaman meredah sungai hanya
dengan Kancil.

Dalam hati Naurah berdoa panjang,moga ALLAH membantu ketika kereta
melalui sungai tersebut.

---------------------------------------------------------->>>>>bersambung