Keranamu saudaraku...


01 November 2010

Rahmat Di Sebalik Ujian (Siri 1)

24 Oktober 2010

Kelas HV hari ini berjalan seperti biasa.Masuk-masuk kelas, lecture rupa-rupanya dah habis.Its better late than doesn’t come.Sebenarnya Naurah terlambat bangun kerana tertidur selepas subuh.Dalam jam 6 masih lagi menghadap journal2 untuk dibaca dan tak tahu macamana boleh tertido.Ampuni aku Ya ALLAH kerana kelalaian hambamu ini.
Sempat lagi coursemateku menyakat ketika aku mencari-cari attendance list,rupa-rupanya berada di tangan budak lelaki itu.Naurah pasti akan mengelak apabila ternampak kelibatnya walaupun dari jauh.Kerana pastinya dia tidak segan-segan menegur Naurah dengan suara yang kuat dan agak memalukan.Huh...memang tidak boleh dilayan budak-budak macam ni.”Hah kenapa lambat,ni kene bagi sebab kenapa lambat dan kene tulis kat sini,”.Naurah mengetap bibir geram kerana pagi-pagi lagi ada orang buatnya bikin panas.Naurah cuba mengawal emosinya, dari mengeluarkan perkataan yang agak kasar kepada budak lelaki tersebut,akhirnya ayat ini juga yang keluar dari bibir Naurah, “Suka hati saya la,”kata Naurah selamba sambil mengambil attendance list itu lalu menurunkan tandatangannya itu segera kerana untuk mengelakkan dirinya dari memanjangkan bicara dengan lelaki ajnabi.
“Tut...tut...,”kedengaran seperti message masuk ke dalam handset Naurah.
“Assalamualaikum ukhti,adik Khaulah,Faizal sudah meninggal dunia pagi tadi.Al-Fatihah,”.
“Innalillahiwainnailaihiraji’un,”Naurah tersentak dan tergamam kerana terasa baru saja dia mendengar suara Faizal ketika Khaulah menelofonnya dan dia meminta Khaulah balik dan belikannya mesin basuh.Air mata Naurah bergenang kerana sedih dan pilu dengan pemergian adik Khaulah ini.
Mesin basuh???Terjerit akhwat mendengar cerita Khaulah tentang adiknya yang agak pelik ini.
Kami tergelak-gelak ketika itu kerana permintaanya agak pelik dan melucukan. Selepas  taaruf dengan lebih lanjut,barulah tahu yang adik Khaulah ini kena buatan orang.Masya-ALLAH.
Walaupun agak pelik dengan permintaannya dan akhwat tergelak-gelak dengan permintaanya ini kepada Khaulah,tetapi semacam satu permintaan yang perlu ditunaikan kepadanya sebelum dia menutup mata buat kali yang terakhir.
Naurah menukar perancangannya dari terus pulang ke rumah akhwat,tetapi singgah sebentar ke rumah Khaulah kerana Naurah tahu mesti Khaulah amat sedih kerana Faizal adalah adik kesayangannya,dan amat merisaukan Naurah kerana Khaulah baru sahaja kematiaan ibunya ketika beberapa minggu lagi dia hendak mendaftar sebagai mahasiswi UMS.
Pecutan motosikal hamper 120 km/j,sangat laju kerana Naurah benar-benar risau dengan keadaan anak binaanya ini.Terasa ujian yang besar ini berlaku pada dirinya juga.Sampai saja di rumah Khaulah,dia bertembung dengan 2 orang lagi sahabat baik Khaulah yang juga datang hendak menziarahinya.Sampai di bilik Khaulah,kelihatan Khaulah sedang menangis kuat,badannya longlai dan sedang ditenangkan oleh Kak Ida.
Kedengaran suara Khaulah dalam keadaan menangis, “Kenapa diaorang tak jaga Faizal betul-betul,mesti diaorang biarkan Faizal sorang-sorang  kalau tak macam mana dia boleh lemas kat dalam kolah,”katanya tersedu-sedu.Tangisannya menyebabkan hati Naurah hiba,Kak Ida memeluk Khaulah sambil menenangkannya.Mungkin juga dia terkilan kerana tidak dapat menunaikan permintaan Faizal untuk pulang ke Semenanjung,kebetulan tiket mahal ketika itu.
-------------------------bersambung------------------------------------------