Keranamu saudaraku...


30 April 2011

menarik sngat...rugi x bace tau...sweet..!!!!

by Perrrgghhh!!! Memang Terrrbaaekkkk laaaa on Monday, April 25, 2011 at 7:51pm
admin share dr cousin admin, cousin admin pula share dari kawan dia...sharing is caring
hayatilah...mmg sebuah kisah cinta yg menarik untuk kita baca...


Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.   Kata mak..   Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.   Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.   Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..   "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."   Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.   Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.   Mak lihat..   "Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."   Cerita mak sambil tersenyum..   Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.   Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..   Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..   Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.   Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.   Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.   Cerita mak..   Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.   Dan kelihatan abah..   "Abang ke mana? Risaunya ani.."   "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.   Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.   Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..   "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."   "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."   Dan abah hanya ketawa.   Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.   Pernah mak tanya,   "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."   "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..   Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.   Dan abah selalu membanggakan mak.   Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.   "Beruntung Ani dapat suami macam tu.."   Mak gembira.   Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..   Pernah mak berkata..   "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."   Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,   Sudah tiada.   Pergi untuk bertemu cinta agungnya..   Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.   Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.   Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..   "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."   Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.   "Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."   Mak tak boleh mendengar deringan telefon.   "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."   Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.   "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..   Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.   "Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "   Mak terus tersenyum.   "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."   Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...  

Mudah-mudahan kita juga boleh menjadi macam mereka....

22 April 2011

Untukmu Bakal 'Imam'ku

Untukmu Bakal 'Imam'ku



wahai mujahidku,

Untukmu Bakal 'Imam'ku tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia penciptaMU...rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini..

Ketahuilah wahai mujahidku,

Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu,
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur
kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang
andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita
menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami…


Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah
lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya
perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan
kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih
dari segala…



Tiada yang lebih bahagia suamiku,

melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan
menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar
syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar
padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan
menyambung perjuangan abi mereka.


Berikanku sepenuhnya

sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu
itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu
mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri
ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.




Suamiku,


hatimu itu milik rabbul jaleel, dan ku pohon sebahagaian itu sebagai
semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu
bukan milikku..kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang
diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.


Wahai suamiku,


seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyah jiwa
agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang
kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan
melahirkan para mujahid…


Wahai suamiku,


walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a’la, bersamalah kita bersyukur,

bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia
ini…kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah
tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya
hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung
cinta dari DIA Maha Esa…


Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita
labuhkan demi redhaNya…biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan
ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran
tahajjud cinta…InsyaAllah inilah pencarian kita…

....siiru 'ala barakatillah....

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

oleh: Halaqah.net


~JOM TUTUP AURAT DAN JAGA AKHLAK~