Keranamu saudaraku...


27 September 2010

Kenapa ustazah pakai tudung panjang????

Selepas sahaja Naurah habis mengajar iqra' di tadika institusi pengajiannya,Naurah mengambil sedikit masa untuk bermain-main dengan kanak-kanak tadika tersebut.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki datang menghampiri Naurah,lantas bertanya, "Ustazah,kenapa ustazah pakai tudung panjang?"
Naurah amat terkejut dengan soalan yang diajukan.Muka kanak-kanak itu memandang Naurah ingin tahu.Naurah mati akal.Dalam hati Naurah berbisik,apa la jawapan yang patut aku kasi.

"Sebab ustazah nak tutup aurat,siapa yang tutup aurat ALLAH sayang,"jawab Naurah spontan.

"Suka tak kalau ALLAH sayang pada kita?,"tanya Naurah kembali kepada kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak itu mengangguk,sambil muka tersenyum keriangan berpuas hati dengan jawapan Naurah.Naurah faham apa yang bermain-main di dalam fikiran kanak-kanak tersebut,kerana Naurah sendiri mempunyai dua orang adik kecil.Seringkali adik Naurah bertanya kepadanya, "Angah,angah kenapa angah pakai tudung?".Naurah menjawab dengan jawapan yang sama seperti kanak-kanak tadika tersebut.
Akhirnya,adik-adik Naurah faham,apabila hendak mengajaknya ke kedai,sudah siap membawakan Naurah tudung.

Bagi Naurah,kebanyakan anak-anak itu bertanya kerana ada di antara guru-guru di tadika dan ibu-ibu mereka tidak memakai tudung.Kanak-kanak memandang guru-guru,ibu bapa serta orang yang lebih dewasa daripada mereka seperti televisyen.Apabila kanak-kanak tidak hidup dalam biah Islami,maka apabila dewasa amat sukar untuk mereka mengamalkan Islam.Kanak-kanak seawal umur kurang dari 8 tahun hendaklah diajar cara hidup Islam dan amalan-amalan mahmudah kerana pada umur tersebut mereka akan menerima sahaja apa yang diajarkan kepada mereka.Disebabkan itulah Islam mengajarkan kita supaya
mengajar anak-anak solat  pada umur 7 tahun.

Buat remaja,ibu,ummahat,ikhwah dan akhwat dan masyarakat Islam khususnya,ajarlah anak-anak kalian menutup aurat sejak kecil lagi.Bukan hanya sekadar memakai tudung,tetapi menutup aurat dengan sempurna.Sesempurna yang boleh.

ALLAH berfirman di dalam Surah An-Nur Ayat 31:

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dam memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah kalian menutupkan kain kerudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasan(auratnya),kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau ayah suami mereka,atau putra-putra mereka,atau putra-putra suami mereka,atau saudara-saudara laki-laki mereka,atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan(sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki,atay para pelayanlelaki tua yg tidak mempunyai keinginan  terhadap perempuan ,atau anak-anak yg belum  megerti tentang aurat perempuan.Dan janganlah kalian menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada ALLAH,wahai orang-orang yang beriman,agar kamu beruntung,"

Tutuplah kain kerudung ke dadamu!Bukan di kepala sahaja,tetapi di dada juga!!

Firman ALLAH ini makin dilupakan kerana para wanita makin ditenggelamkan dengan fesyen-fesyen tudung yang trendy dan kebanyakannya tidak memenuhi kriteria seperti di atas.

"Barangsiapa yang memberatkan auratnya,di akhirat kelak ALLAH akan mencari golongan ini."
                                                                                              -Maksud Hadis-

Kesimpulannya di sini,jadilah kita golongan yang akan dicari ALLAH,bukannya langsung tidak dipedulikan oleh ALLAH.Maka,beratkanlah auratmu,duhai sahabatku!!!
                                                                             

--------------------------------Wallahua'lam-----------------------------------------