Keranamu saudaraku...


06 September 2010

Sambungan Sepetang Itu.......Edisi 2

Bismillahhirrahmanirrahim...

Bibir Naurah tidak lepas dari membaca ayat seribu dinar,Solehah di sebelah pula tekun membaca Al-Quran.

Ketika di jalan landai sebelum ke jambatan,radio IKIM yang dibuka  terpaksa ditutup "because of disturbance and noise of the other frequencies" menyebabkan jiwa kami tidak tenang.

"Akak tutup radio ni ye,rasa bercelaru pulak,"beritahu Naurah.

"Tutupla kak,saya pun rasa tak tenang sekarang,dah la jap lagi nak kena naik jalan yang tinggi dan curam"sokong Solehah.

"Macamana la orang yang ada masalah,pastu dia bukak radio kuat-kuat,hilang ke masalah Solehah?"tanya Naurah.Naurah perlu mengambil masa yang amat berharga ini untuk mengenali lebih dekat akhwat.Ini adalah kerana hari Isnin hingga Jumaat,Naurah terikat dengan jadual kuliah dan da'wah hingga seringkali tidak dapat berbual panjang dengan  akhwat yang tinggal serumah.

Pesan Umar Al-Khattab ra, "Kenalilah saudaramu dengan 3 perkara.Makan bersama,tidur bersama dan bermusafir bersama".

"Saya dulu kak,kalau ada masalah,drive pastu buka radio kuat-kuat.Bukan muzik-muzik biasa yang saya dengar.Heavymetal saya layan,"ujar Solehah.

"Apa yang kamu rasa bila dengar muzik-muzik macam tu?Hilang masalah tak?"tanya Naurah ingin tahu.

"Entah la,saya layan je.Masalah tak hilang pun,"kesal Solehah.

"Tak pe la Solehah,sekarang kamu dah tahu jalan yang terbaik bila kamu ada masalah kan?Mengadulah pada ALLAH,itu jalan yang terbaik.Hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.

"Akak saya baca Quran la ye,takut pulak rasanya ni.Tapi saya baca tersekat-sekat la,"pinta Solehah.

"Tak pe Solehah,baca je"sokong Naurah.

Walaupun agak tersekat-sekat bacaannya,tapi sudah cukup membuatkan hati Naurah tenang.Naurah teringat satu firman ALLAH di dalam kitabullah yang mafhumnya adalah:-

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH.Ingatlah,hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram,"
                                                                                (Surah Ar-Ra'd:28)

"Ya ALLAH,bantulah kami menyeberang sungai ini.Permudahkanlah Ya ALLAH"rintih Naurah dalam hati.

Sepanjang menyeberang sungai,mulut Naurah terkumat-kamit menbaca ayat Seribu Dinar,ayat Qursi dan surah-surah pendek yang lain sambil tangannya mengawal stereng kereta.Alhamdulillah,akhirnya kereta sampai ke seberang.Perjalanan masih panjang kerana kami terpaksa mendaki jalan yang curam,lebih curam dari jalan sepanjang Cameron Highland.

Naurah memandu dengan tenang.Pesan ustaz,bawa dengan gear 1 and jangan buka "air-conditioner".Pesanan tidak dilupakan.5 minit pertama jalan berbukit yang tidak seberapa curam sehinggalah kami terpaksa melalui jalan yang amat curam.Tiba-tiba kereta berbau hangit.Naurah gusar,takut-takut bau itu datang dari enjin kereta yang dipandunya.Belum sempat Naurah menyatakan kegusaran di hati,Solehah sudah membuka mulut "Akak,hidu bau hangit tak?"

"Haah,akak bau jugak tapi dari kereta ni ke?Alamak takutnya.Huhu.Temperature kereta still ok.Tak naik pun.Tak pe-tak pe,jangan cemas"Naurah memujuk hatinya supaya tidak terlampau cemas.

Banyak selekoh berbahaya yang di tepinya adalah gaung-gaung yang agak menakutkan.Naurah memandu dengan sangat berhati-hati.Tangan Solehah sudah bersedia di "handbrake" kereta,takut jikalau berlaku apa-apa.Tangan Naurah pula semakin kejap mengawal stereng kereta.Sempat lagi Naurah dan Solehah berbual-bual kosong.

"Wah,ustaz pasang stabilizer kat kereta dia.Patutla syok layan corner"komen Solehah.

"Stabilizer?Untuk apa tu?Banyak juga akak tak tahu walaupun amik engineering"beritahu Naurah.

"Saya ni pun tahu sebab dulu saya bergaul dengan budak-budak "drift" kat Bukit Jalil.Gila tak gila diaorang,kereta kecil-kecil macam Kenari,Viva dan seumpanya pasang stabilizer.Pastu bawa laju-laju and layan corner"beritahu Solehah.

"Wah,dasyat jugak.Tak terbalik ke kereta diaorang tu"Naurah ingintahu.

"Diaorang dah siap-siap "stanby" orang badan besar sebelah kiri supaya kereta tak terbalik"jawab Solehah.

Tiba-tiba kereta ustaz di hadapan memberi isyarat ke kiri.Naurah hanya mengikut sahaja dengan memberi isyarat ke kiri juga.Dalam hatinya tertanya-tanya,kenapa ustaz berhenti di situ sedangkan destinasi yang dituju belum pun kelihatan.Rupa-rupanya ada seorang mak cik mualaf yang ingin ditumpangkan oleh ustaz.Tapi disebabkan keretanya sudah dipenuh oleh akhwat-akhwat.Ustaz menumpangkan mak cik tersebut di kereta kami.Kami pun berbual-bual dengan mak cik tersebut dan kelihatannya dia seorang yang sangat pemalu dan mungkin juga tidak berapa mengenali kami.

Naurah pun bertanya kepada mak cik tersebut, "Jauh jugak mak cik jalan kaki dari sini ke surau,".Naurah kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh mak-cik tersebut untuk mengaji IQRA'.

"Ndak jugak,biasa sudah tu"jawab mak cik itu ringkas.

"Oh"Naurah mengangguk faham.

Akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju.Naurah tidak lepas mengucapkan hamdalah kerana ALLAH memudahkan pemanduannya ke Kg Tambalang.Alhamdulillah.

But ukhti!!!Misi belum selesai lagi kerana kami perlu menuruni bukit yang masih bertanah merah dengan berjalan kaki untuk sampai ke Surau Kg Tambalang.


                                Gambar pemandangan dari kawasan atas Kg Tambalang

                                 Menuruni bukit untuk ke Surau Kg Tambalang

Kedatangan kami disambut meriah dan gembira oleh para muallaf Kg Tambalang.Selepas bersalaman,majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh ustaz.Ni yang tak sabar ni,teriak Naurah di dalam hati.Hati Naurah teruja untuk mendengar kalimah-kalimah ALLAH yang keluar dari bibir ustaz.

------------------------------------------------------------>>>>>>>>>>bersambung

8 comments:

  1. hebat ukhti2 ku ini eheh....moga Allah yg membalas semuanya...

    ReplyDelete
  2. IA ukhti..bekalannya itu iman dan amal

    ReplyDelete
  3. IA....keta tarbiyah tue cmna ok lg ker...mmg kebal ar keta tue ehehhe..bnyk jasa dia..

    ReplyDelete
  4. hehe...masa keadaan genting tu dah tak ingat naik keta apa...masa tu memang sangat2 tawakal pada ALLAH...bukan apa yang kami naik...memang best moment tu

    ReplyDelete
  5. subhanallah,kereta dakwah memang kebal,kancil pun boleh jadi land rover....doakan kita akan ada kereta dakwah...cepat-cepat kita grad ar...
    jadikan apa-apa yg kita ada sebagai wacana untuk kita semakin dekat dengan-Nya

    ReplyDelete
  6. IA...2011 onwards ramai yg grad..IA.Syukranlillah kerana kita ada beberapa motor da'wah skrg.kereta kak syahid banyak berjasa untuk da'wah..makin lama makin cantik pulaka ana tengok

    ReplyDelete
  7. ia ukhti...motor pun ok gak, jd akhwat yg tegar tp dlm hati ada taman eheheh...

    keta kak syahid mmg bnyk berjasa ana pun tgk makin cntik wlpun tayar botak eheheh

    ReplyDelete
  8. abu zahid:betul2...moga kenikmatan yang ALLAH beri tidak melalaikan kita dariNya...

    ReplyDelete