Keranamu saudaraku...


19 October 2010

Buatmu....

Buatmu,
Bakal suamiku.
 Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. 
Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.
Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.
Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

~Naluri ingin menyayangi dan disayangi itu adalah normal untuk manusia yg normal :) Tapi biarlah menyayangi dan disayangi yang membawa barakah kepada diri sendiri dan org yg disyangi… Apalah gunanya diri disyangi andai jauh dari rahmatNya. Wallahua’lam~

sumber: iluvislam

||tdak plu mminta izin jka mahu 'share'

27 September 2010

Kenapa ustazah pakai tudung panjang????

Selepas sahaja Naurah habis mengajar iqra' di tadika institusi pengajiannya,Naurah mengambil sedikit masa untuk bermain-main dengan kanak-kanak tadika tersebut.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki datang menghampiri Naurah,lantas bertanya, "Ustazah,kenapa ustazah pakai tudung panjang?"
Naurah amat terkejut dengan soalan yang diajukan.Muka kanak-kanak itu memandang Naurah ingin tahu.Naurah mati akal.Dalam hati Naurah berbisik,apa la jawapan yang patut aku kasi.

"Sebab ustazah nak tutup aurat,siapa yang tutup aurat ALLAH sayang,"jawab Naurah spontan.

"Suka tak kalau ALLAH sayang pada kita?,"tanya Naurah kembali kepada kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak itu mengangguk,sambil muka tersenyum keriangan berpuas hati dengan jawapan Naurah.Naurah faham apa yang bermain-main di dalam fikiran kanak-kanak tersebut,kerana Naurah sendiri mempunyai dua orang adik kecil.Seringkali adik Naurah bertanya kepadanya, "Angah,angah kenapa angah pakai tudung?".Naurah menjawab dengan jawapan yang sama seperti kanak-kanak tadika tersebut.
Akhirnya,adik-adik Naurah faham,apabila hendak mengajaknya ke kedai,sudah siap membawakan Naurah tudung.

Bagi Naurah,kebanyakan anak-anak itu bertanya kerana ada di antara guru-guru di tadika dan ibu-ibu mereka tidak memakai tudung.Kanak-kanak memandang guru-guru,ibu bapa serta orang yang lebih dewasa daripada mereka seperti televisyen.Apabila kanak-kanak tidak hidup dalam biah Islami,maka apabila dewasa amat sukar untuk mereka mengamalkan Islam.Kanak-kanak seawal umur kurang dari 8 tahun hendaklah diajar cara hidup Islam dan amalan-amalan mahmudah kerana pada umur tersebut mereka akan menerima sahaja apa yang diajarkan kepada mereka.Disebabkan itulah Islam mengajarkan kita supaya
mengajar anak-anak solat  pada umur 7 tahun.

Buat remaja,ibu,ummahat,ikhwah dan akhwat dan masyarakat Islam khususnya,ajarlah anak-anak kalian menutup aurat sejak kecil lagi.Bukan hanya sekadar memakai tudung,tetapi menutup aurat dengan sempurna.Sesempurna yang boleh.

ALLAH berfirman di dalam Surah An-Nur Ayat 31:

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dam memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah kalian menutupkan kain kerudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasan(auratnya),kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau ayah suami mereka,atau putra-putra mereka,atau putra-putra suami mereka,atau saudara-saudara laki-laki mereka,atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan(sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki,atay para pelayanlelaki tua yg tidak mempunyai keinginan  terhadap perempuan ,atau anak-anak yg belum  megerti tentang aurat perempuan.Dan janganlah kalian menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada ALLAH,wahai orang-orang yang beriman,agar kamu beruntung,"

Tutuplah kain kerudung ke dadamu!Bukan di kepala sahaja,tetapi di dada juga!!

Firman ALLAH ini makin dilupakan kerana para wanita makin ditenggelamkan dengan fesyen-fesyen tudung yang trendy dan kebanyakannya tidak memenuhi kriteria seperti di atas.

"Barangsiapa yang memberatkan auratnya,di akhirat kelak ALLAH akan mencari golongan ini."
                                                                                              -Maksud Hadis-

Kesimpulannya di sini,jadilah kita golongan yang akan dicari ALLAH,bukannya langsung tidak dipedulikan oleh ALLAH.Maka,beratkanlah auratmu,duhai sahabatku!!!
                                                                             

--------------------------------Wallahua'lam-----------------------------------------









23 September 2010

Mood Menulis??

Assalamualaikum wrm...

Ramai yang bertanya kepada saya bila nak post cerita-cerita baru.

Mood menulis seperti hilang ukhti.Bermula hari raya pelbagai permasalahan umat yang perlu difikirkan secara serius begitu juga tentang study menyebabkan saya sedikit 'stress'.Masalah demi masalah,menyebabkan air mata ini tidak segan-segan keluar.Sebak.Kerana masalah itu terpaksa saya hadapi dari orang yang kuliah "agama",yang  "family-broken",liar dan berbagai.Dan kekadang saya tidak kuat untuk memikul masalah itu berseorangan.Diuji juga dengan masalah iman sedikit turun menyebabkan perasaan jadi semakin sedih.Sedih yang teramat sangat.

Tiba-tiba dikejutkan lagi dengan masalah yang amat besar,menyebabkan para akhwat termenung panjang memikirkan masalh ini.Lain dari yang lain.

Mungkin segelintir masyarakat Islam merasakan tidak menutup aurat itu perkara biasa,pergaulan bebas,narkoba,melakukan perkara syirik(cthnya seperti sihir,pugai,santau,nasi kangkang,dan berbagai lagi),berzina,berpegangan tangan,dan lain2.

Tapi ukhti,tidak bagi para dai',harus memperhatikan hatta sekecil-kecil maksiat yang dilakukan.

Tohmahan-tohmahan,umpat keji,pandangan sinis,dan berbagai kita hadapi.

Hati mana yang tidak sedih bila berbagai tohmahan yang tidak berasas dilontarkan.

Ya...terlihat akhwat mengalirkan air-mata ketika solat kerana terlampau berat masalah yang dihadapi.
Saya juga mengalirkan air mata jika terlampau sebak mendengar masalah-masalah tersebut.Mungkin juga fitrah wanita,sinonim dengan air mata.Air mata itu senjata.Walaupun air mata bukan penyelesaian masalah tapi menyebabkan perasaan sedikit lega.

Sayid Qutb pernah berkata, "Da'wah itu boleh mematahkan tulang punggung,"

Ya...saya sangat bersetuju.Walaupun bukan patah betul-betul tapi seperti rasa nak patah,kerana terlampau berat amanah da'wah ini ukhti.Tiada masa lagi untuk bersukaria dan lain-lain.

Kerana syurga itu amat mengiurkan ukhti!!

Hidup orang beriman itu adalah untuk akhirat,tapi jangan lupakan bahagian kamu di dunia.

"ORANG KAFIR ITUBERPERANG UNTUK HIDUP,TAPI ORANG ISLAM BERPERANG UNTUK SYAHID"

Buat para akhwat,ukhti yang baru pulang ke Sabah.Kepulanganmu sangat-sangat dinantikan.Buah fikiran dan komitmenmu yang teguh menopang kurangnya kami.

Kuncinya ialah "THABAT"

IA.

Ana undur diri dulu.

Wassalam.

09 September 2010

Dapatkan Majalah Sinergy Edisi Ke-2!!!Hanya Dengan RM3!!!

Front Cover Majalah Sinergi Edisi Ke-2!!!

Boleh dapatkan dari mana-mana pengedar Sinergy,boleh klik link di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut.

http://synergymedia2010.blogspot.com/p/senarai-pengedar-berdaftar.html

Boleh juga dapatkan dari saya,tapi ada 10 buah jak.Hehe.Yang tinggal area Masjid Tanah,boleh dapatkan dari saya.Saya beli banyak untuk hadiahkan kepada saudara-mara terdekat supaya ada message Islam yang tersampai kepada mereka "indirectly".

Majalah Sinergy ini sangat best!!!

Saya suka sebab penulisannya sangat ruhi,kita boleh thinking out of the box,mendekatkan diri saya dengan ALLAH,memikirkan masalah umat-umat yang sangat-sangat kritikal dan macam-macam lagi.

Oklah,nak undur diri dulu.Barang-barang kena kemas dan packing.Malam ini flight saya.

Buat akhwat-akhwat rumah,my murabbiyah,x-murabbiyah,anak halaqah,x anak halaqah yang masih ikut halaqah ataupun tidak,saudara-mara,coursemate,x-schoolmate(MRSM Terendak&SHARODZ,SR Jeram,SR Sri Laksamana) dan sesiapa saja yang membaca penulisan blog ini.Penulis memohon ampun dan maaf sempena Hari Kemenangan untuk umat ISLAM ini jika ada salah silap.

Buat akhwatfillah,maafkan kesalahan saya sepanjang kita kenal,berda'wah bersama,tinggal bersama,berprogram bersama,berdaurah bersama,rehlah bersama,susah senang bersama dan macam-macam lagi perkara yang kita lakukan bersama.Ana amat hargai ukhwah islamiah dan imaniah ini.Thankful to ALLAH for everything.

Di kesempatan ini juga ana menjemput mana-mana pembaca yang tinggal berdekatan dengan rumah ana untuk datang beraya.Boleh eratkan silaturrahim.Memanjangkan rezeki.

Sangat sedih Ramadhan bakal meninggalkan kita.Moga kita akan berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang.Insya-ALLAH.

Wassalam.

Salam Aidilfitri

Maaf Zahir Batin

Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.



p/s:Buat akhwat yang tak balik raya(Khaulah & Az-Zahra),jangan sedih2 tau.Kalau tiba2 teringin apa-apa message jak.Kalau ana mampu bawa & tunaikan,ana bawa balik Sabah nanti.

08 September 2010

Edisi Terakhir ..........Sepetang itu

Semua akhwat bersalaman dengan para mualaf Kg Tambalang yang hadir dan isteri ustaz.Naurah cuba mengawal air matanya dari menitik.Janganla keluar masa ni.Sempat juga Naurah dan akhwat-akhwat yang lain berpesan kepada mak cik-mak cik tersebut supaya rajin-rajin mengaji.Insya-ALLAH ada rezeki kami datang lagi.

Kepulangan kami bukan dengan tangan kosong.Banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang dititipkan untuk kami dan ustaz.Buah-buah tempatan yang banyak dan ranum.Sepanjang perjalanan kami datang ke Kg Tambalang,pokok-pokok buah-buahan tumbuh melata di lereng bukit.Memang gayat masa tengok kali pertama.Pokok tarap yang disangkakan pokok cempedak oleh akhwat.Rasa nak tergelak pun ada.Lawak sungguh.Pokok tarap ni tiada di Semenanjung.Hanya di bumi Sabah jak pokok ni tumbuh.

Kami bertukar buah tangan kerana akhwat tidak lupa membeli buah tangan untuk mereka sebelum datang ke Kg Tambalang."Win-win condition".Berlumba-lumba melakukan kebaikan.,terutamanya sekarang ini kita berada di bulan Ramadhan.Sedekah yang paling baik adalah di bulan Ramadhan.

Saudaraku yang dicintai kerana ALLAH!Sedekah itu adalah perdagangan yang amat menguntungkan Marilah kita sama-sama hayati sabda Rasulullah saw berikut:-

Dari Abu Hurairah ra,Rasulullah saw bersabda:

" Barangsiapa bersedekah meskipun seharga kurma,namun dari hasil yang baik dan ALLAH tidak akan menerima sesuatu kecuali yang baik,sesungguhnya ALLAH akan menerima sedekah kurma tersebut dengan tangan kananNya.Kemudiaan dia akan menggandakannya untuk orang yang bersedekah,sebagaimana salah seorang di antara kalian memelihara seekor anak kuda,sehingga sedekah kurma tersebut menjadi sebesar gunung,"
                                                                      Hadis Riwayat Bukhari(1321)

Terima kasih kepada semua penduduk Kg Tambalang atas buah-buahnya.Sedap sungguh.Perjalanan pulang seperti biasa.Naurah sangat berhati-hati mengawal "brake" dan "clutch" kereta kerana jalan licin.Alhamdulillah selamat turun tapi kami terhenti sebelum kawasan sungai kerana airnya naik.Kereta ustaz pun berhenti juga.

"Solehah cuba kamu tanya ustaz macamana sekarang ni,nak tunggu atau nak redah sungai,"pinta Naurah sambil matanya tidak lepas memandang sebuah Land Rover meredah sungai tersebut.

Solehah sudah kembali ke kereta."Ustaz kata IA boleh lepas kereta redah sungai,"beritahu Solehah.Muka Naurah pucat kerana kali ini aras sungai naik tinggi."Boleh lepas ke tak ni??Ya ALLAH..bantulah kami Ya ALLAH.Kami sangat-sangat memerlukan pertolonganmu.Suasana di dalam kereta tiba-tiba senyap,pastinya juga akhwat di dalam kereta berdoa di dalam hati.

Kereta sudah berada di sungai,tangan Naurah semakin kejap dan kuat mengawal stereng kereta dan alhamdulillah selamat sampai di seberang.

"Alhamdulillah kak,kita selamat menyeberang,"kata Solehah teruja.Khaulah di belakang juga mengucapkan hamdalah.

"Akak!!!"Solehah menguatkan suaranya kepada Naurah.

Barulah Naurah tersedar,"Maaf-maaf akak lambat response,"terasa muka Naurah masih dalam keadaan tegang.Mungkin perasaan cemas tadi belum hilang.

"Akak rasa kulit muka akak ni tegang lagi,sama  macam tahan rasa takut masa redah sungai tadi,"kata Naurah mengurut kulit mukanya supaya kembali ke keadaan asal.

"Kulit muka saya pun sama kak,"tambah Naurah.

"Memang kecut perut la tadi,hanya ALLAH yang tahu.Hai Khaulah,bising nampak,tadi kat belakang senyap je,"usik Naurah.

"Memang la bah,tadi kan semua orang dalam keadaan ketakutan dan cemas,memang la senyap,"komen Khaulah.

"Betul,memang tak terkata apa tadi,memang tawakal sesangat pada ALLAH.Kalau dulu saya drift kan kak,pastu layan corner,saya bukannya tawakal pada ALLAH.Tawakal dengan keadaan kereta,Tapi sekarang pemikiran saya dah berubah,segalanya semua kita kena sandarkan pada ALLAH,"tambah Solehah.

"Alhamdulillah,"ucap Naurah.

Banyak sangat perkara yang Naurah dan akhwat lain belajar.Banyak sangat.Terima kasih YA ALLAH atas nikmat Islam,Iman dan Tarbiyah serta segalanya.

------------------------------------->>>TAMAT<<<------------------------------------

p/s:To all akhwat wa ikhwah yang dikasihi kerana ALLAH,teruskan perjuangan da'wah kalian walaupun di mana kalian berada.Jazakumullahkhukhairan kathira atas doa antum dan antunna.Moga da'wah makin gencar dan iman semakin meningkat dan semakin ikhlas.Doakan da'wah kami di bumi Sabah ini.Wallahua'lam.

07 September 2010

Sepetang itu.......Edisi ke-3

Ustaz mentadabbur Surah An-Nasr,para akhwat dan mualaf tekun mendengar tazkirah Ustaz.Mari kita melihat maksud Surah An-Nasr ayat 1-3:-

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

1.Apabila telah datang pertolongan ALLAH dan kemenangan.

2.dan engkau akan melihat manusia berbondong-bondong masuk agama ALLAH.

3.maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya.Sungguh,Dia Maha Penerima Taubat.

Ustaz menerangkan pertolongan ALLAH akan datang dan kita akan melihat manusia akan masuk Islam secara beramai-ramai,contohnya seperti di Kg Tambalang ini.Semakin ramai orang memeluk agama Islam,yang ketika dahulunya penganut agama Kristian.Majoriti muallaf di sini adalah berbangsa Dusun.Apabila orang kafir melihat semakin ramai orang masuk ISLAM,mereka akan jatuh kasih untuk masuk ISLAM kerana melihat kemurniaan ad-deen ini.

"Bertasbihlah kamu dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya.Suingguh Dia Maha Penerima Taubat".

Ustaz memberi contoh seorang ibu akan pasti senantiasa mengingati dan mencari anaknya.Jika si anak tidak mengingati dan mencari ibunya maka dia adalah anak yang durhaka.Sama seperi kita iaitu seorang hamba apabila tidak mengingati ALLAH,maka kita adalah hamba yang DURHAKA.

"hamba yang DURHAKA?,"Naurah terpempan.Aku tidak mahu menjadi hamba yang durhaka Ya ALLAH,bantulah hambaMu ini Ya ALLAH.Terlalu banyak dosa yang dilakukan menyebabkan Naurah menekur memandang lantai.Hampir menitik air matanya mendengar tazkirah ustaz yang menyentuh qalbu itu.Sudah lama hati ini tidak disirami oleh air-air nasihat.Ya ALLAH.Aku leka Ya ALLAH.Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan peluang yang amat berharga ini.Pimpinlah diri ini menuju RedhaMu dan syurga tertinggiMu serta melihat wajahMu....Selamatkan diri ini jika tesasar jalan....Ya ALLAH...bantulah hamba...Hamba tidak kuat tanpa pertolongan darimu.

"Kita akan solat Zuhur dahulu dan kemudian kita akan mengaji.Kita tunaikan yang wajib dahulu,"beritahu ustaz.

Ustaz meminta seorang kanak-kanak lelaki yang usianya 11 tahun untuk iqamah,tetapi kanak-kanak itu menolak.

Ustaz berseloroh, "Hai,takkan kita mahu perempuan yang iqamah,"

Kami ketawa kerana ustaz ini sangat humor.Jenaka yang dibuat dalam keadaan tenang tapi selamba.Akhirnya ada seorang remaja mengalunkan iqamah.Hari itu hanya 2 orang lelaki sahaja yang datang,tidak tahu mana lelaki yang lain.Majoriti yang datang surau adalah kaum ibu.Solat berjemaah dimulakan.Aktiviti mangajar iqra' dimulakan selepas itu.Mak cik-mak cik tersebut boleh memilih mana-mana sahaja di antara kami untuk menjadi ustazah mereka.Naurah rasa nak tergelak kerana kelakar juga di UMS ambil engineering tapi panggil ustazah.Apa-apa jak la kan.
                                                    Suasana ketika mengajar mengaji


Anak murid Naurah bersilih ganti,anak murid pertama kelihatan seperti dalam kepayahan untuk membaca huruf-huruf Al-Quranm tersebut.Renik-renik peluh kelihatan di dahinya,Naurah  berkata di dalam hatinya,"Aku garang sangat ke?".Sehingga muka surat 3 mak cik tersebut menyerah.

"Berpeluh-peluh sudah saya ni"kata mak cik tersebut.

"Saya garang sangat ke mak cik?"tanya Naurah.

"Ndak-ndak"jawab mak cik tersebut.

"Ok la kalau begitu,"Naurah mengangguk faham.

Giliran mak cik yang ke-2,mak cik ni pandai sudah mengaji.Pandai tarannum juga.Alhamdulillah bacaannya bagus.Mak-cik yang ke-3 pun bacaannya ok.Hujan semakin lebat di luar.Tiba-tiba terdengar mak cik-mak cik tersebut memberitahu air sungai naik kalau hujan lebat begini.Akhwat berpandangan sesama sendiri.

Terbayang di mata Naurah jikalau air sungai itu naik.Kereta Kancil mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk tidak melepasi sungai tersebut.Pacuan empat roda sahaja boleh lepas.Masyarakat Sabah kebanyakannya memandu pacuan empat roda kerana faktor muka bumi dan jalan raya.Kereta tersebut tahan lasak."Kancil?Habisla rosak gamaknya,"bisik Naurah dalam hati.

Naurah tidak lepas berdoa supaya hujan berhenti.Kami tidak boleh menunggu lama kerana masing-masing mempunyai aktiviti masing-masing selepas ini.Sebelum pulang kami berkumpul semula dan mengalunkan asmaul-husna bermai-ramai.Rasa bersemangat,kerana sudah lama Naurah tidak mengalunkan kalimah ini.Semasa bersekolah menengah,setiap hari mengalunkan asmaul-husna kerana merupakan protokal perhimpunan.Bacaan asmaul-husna merupakan salah satu tentatif.Tidak kira semasa di SMKA Sharifah Rodziah,Melaka mahupun MRSM Terendak,pasti ia menjadi kerutinan.Yang seronoknya semasa di SMKA Sharifah Rodziah,selepas perhimpunan kami akan beramai-ramai membaca Al-Quran dan mentadabburnya sebelum bermulanya sesi pembelajaran.Bacaan Al-Quran dikawal oleh seorang pengawas yang bertugas dan pastinya di setiap kelas dikhaskan 1 meja untyuk meletakkan tafsir Al-QURAN pelajar di kelas tersebut.Ketika zaman tersebut masih belum ada tafsir mini sekarang,tafsir semuanya tebal-tebal belaka.Bibir Naurah mengulum senyuman apabila mengingati kenangan itu.

Terima kasih Ya ALLAH kerana mempertemukan aku dengan para akhwat.Seringkali ketika di MRSM jiwaku kekosongan kerana kurangnya pengisian rohani.Dipandang sinis oleh rakan-rakan dan para guru kerana memakai tudung labuh.Pernah saja junior mengutukku kerana  memakai tudung labuh.Sejak itu,Naurah sering berdoa supaya dipertemukan kembalikan dengan nikmat yang hilang itu dan istiqamah melakukannya hingga ke akhir hayat.Alhamdullah hampir 3 tahun berdoa,barulah doanya termakbul.Ayuh ukhti,berdoalah kepada ALLAH.Bila mahu dimakbulkan jangan dipersoalkan.

"We do our work first,then let's ALLAH do his work."

Waktu untuk berangkat pulang sudah tiba.Tiba-tiba suasana bertukar menjadi sedih.Sedih ingin meninggalkan hati-hati yang mencari Islam.Sanggup melakukan apa sahaja untuk ISLAM,tetapi di luar sana manusia meninggalkan ISLAM,menginjak-nginjak Islam dari kehidupan mereka,rasa malu apabila memakai pakaian Islami dan berbagai-bagai lagi.Pening kepala Naurah memikirkannya.

Bangunlah wahai ummah dari tidurmu yang lena!!!Islam memerlukanmu!!!Kemuliaan Islam di tanganmu!!!Orang akan memandang ISLAM di setiap posisi anda!!!Musuh Islam pasti akan gembira apabila anda jauh dari Islam kerana tugas mereka semakin mudah untuk menghancurkan Islam!!!Jangan berlengah lagi!!!Bergabunglah dengan mana-mana jemaah Islam!!!

"Hidupkan Islam di dalam hatimu,nescaya tertegaklah Islam di daulahmu"~Hassan Hudaibi~

--------------------------------------------------------------------->>>>>>>>bersambung

Ukhwah itu...

Ketika di dalam lab High Voltage,kedengaran bunyi vibration handset Naurah.Dengan pantas Naurah terus membukanya.Message dari Ukhti Ummu Hani.Messagenya berbunyi begini:-

"Ya ALLAH,ukhtiku ini bungaku,Tanpanya tiada seri dunia ukhwahku....Ukhtiku ini maduku,Penawar banyak perkara...Ukhtiku ini guruku,mendidikku dengan penuh mesra..Ukhtiku ini aku sayang dan cinta keranaMu.Peliharalah dia Ya ALLAH dari tergelincir dari jalanMu,,,Rahmati dan sayangilah dia..Moga ukhwah ini termasuk dalam redhaMu..Ameen.Salam buat kalian yang dikasihi dan dirindui selalu...kalianlah aset pembangun Islam..Salam perjuangan ..Salam Jumaat...from ukhti Ummu Hani.

Naurah tidak tahu kenapa dia sangat tersentuh membaca message ini.Air matanya bergenang keharuan.Ya,mungkin juga kita jarang menghargai ukhwah ini.Akhwat tidak meminta untuk dimanja atau dibodek.Tapi cukup saja message penghargaan atas ukhwah yang diberikan kerana kasih sayang ALLAH dan rahmatNya terhadap kita ukhti.Di dalam kelelahan berdakwah dan study,ada susuk tubuh akhwat yang datang memujuk dengan ayat-ayat ALLAH.Sangat indah.Tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata.Thanks ukhti Ummu Hani,akak doakan anti berjaya dunia dan akhirat.Tak sabar rasanya nak tengok perubahan anti..hehe..:)


To all akhwat,jazakillahkhukhairankathira atas ukhwah ini.

Sayang antunna kerana ALLAH.

Moga kita diperetemukan di akhirat kelak iaitu  di tempat yang terbaik di syurgaNya yang tertinggi.

Ameen Ya Rabbal Alameen.

~With Love:Ukhti Naurah~