Jam 6 petang saya mula bertolak pulang dari pejabat.Berjanji dengan akhwat untuk mengambil kunci rumah daripadanya di Masjid UMS jam 6.30petang.Merempit ke UMS,bergegas untuk menunaikan solat Maghrib kerana jam 7 petang saya mengajar tuisyen di Inanam.
Sampai agak lewat 10 minit,anak-anak murid sedang menungguku.Alamak..lambat pulak sampai,aku tak berani menunggang motosikal laju kali ini,mungkin kerana masih fobia jatuh motosikal,jalan pun masih basah.Alahai…ayah banyak kali suruh keluar kereta,tapi saya masih berdalih dengan macam-macam alasan.Pinggang masih terasa sakit,nak gelak pun tak boleh,terasa ngilu di pinggang. Peristiwa jatuh kali ini tidak dikhabarkan pada ayah kerana takut kena marah dan disambung dengan ceramah panjang supaya berhati-hati menunggang motosikal.Kali ini saya tidak laju,jatuh betul-betul berhadapan dengan Masjid Likas.Ketika ingin berhenti menunaikan solat Asar.Ketika itu masih hujan renyai-renyai.Peristiwa tahun lepas terbayang kembali,hampir-hampir nyawa Kak Dayah terbayang ketika hujan itu.Oh ALLAH,you save our life.
Jatuh kali ini tak seteruk jatuh di bulatan di Yayasan Sabah,makanya saya mengambil keputusan untuk tidak ke klinik.Hujan lagi,menyebabkan perasaan ingin sampai ke rumah semakin kuat.Esoknya bekerja macam biasa,tapi rasa macam tak sedap badan.Kenapa la aku ni???Takkan dah konvo masih tak ceria.Director tegur ketika dia dia memanggil saya ke biliknya, “Siti,wake up…still sleeping?,”. “No la,”aku jawab. Saya pun pelik kenapa dia tanya macam tu…tapi masa tu memang rasa tak sedap badan dan rasa macam tak larat.Tak pela..balik awal la hari ni.Balik terpaksa bergegas ke tempat tuisyen.Ketika mengajar tuisyen,rasa tak sedap badan makin bertambah-tambah.Rasa macam nak cepat pulang.Selepas tuisyen kene pergi halaqah,tapi rasa sakit makin bertambah-tambah.Saya terus pulang ke rumah.Mengambil initiative untuk online sahaja di rumah untuk halaqah.Tapi akhwat yang berjanji nak pinjamkan broadband tak kunjung tiba.Aduh,macamana ni.Saya memang tak larat dah masa tu.Syuun hq banyak kali message dan call,mana akak???dah online ke belum???Aku masih tunggu broadband,mana la akhwat ni???Rasa sakit semakin bertambah sehingga tak sedar tertidur.
Usai solat subuh,rasa sakit teramat sangat.Ya ALLAH,tolong YA ALLAH..Sakit sangat.Aku mengambil keputusan untuk tidur kembali.Jam 8.00 terjaga kembali.Cuba bangun tapi tak berdaya,tapi masih mencuba.Tapi cubaan yang bersama dengan lelehan air mata,kerana rasa sakit di pinggang yang teramat sangat.Jam 8.15 masuk office.Ya ALLAH…aku sorang-sorang kat rumah ni,kalau jadi apa-apa macamana???cuba mencapai handset dan mendail-dail no akhwat.Huhu kenapa tak angkat???air mata makin bertambah-tambah.Sakit sangat ni,lama-lama terfikir nak dail no tim….tapi dalam hati rasa tak nak menyusahkan kerana beliau masih berpantang anak pertama.Nasib baik Tim angkat call.Mintak tolong sampaikan pesanan pada Kak Sada.Masa tu bercakap dengannya sambil mata meleleh air mata.Cepat-cepat aku matikan talian takut tim dapat detect yang saya tengah nangis.Sempat juga saya menaip message pada Ir. Jennny,my director untuk inform keadaan saya.I was very lucky to join IP Consultant Sdn. Bhd. because she is very understanding.Sangat caring dengan saya.Thanks ALLAH.Tak sia-sia saya istikharah sebelum bekerja di sini.
Tertidur kembali,jam 10 lebih terjaga semula…cuba bangun.First try,fail.Cuba berkali-kali Alhamdulillah berjaya.Terus bergegas ke bilik air kerana tak dhuha lagi.Usai dhuha,bergerak perlahan-lahan membersihkan dapur dan mengangkat baju.Mana akhwat tak sampai-sampai.Saya faham mereka halaqah tadi.Tak pe lah,bagi diaorang rehat dulu.Jam 2 baru pegi poliklinik UMS.Jam 1 rokiah sampai.Jam 2 kak sada sampai untuk bawa saya pergi klinik dan berurut.
Aduh,jumpa dr yang sama pulak.Hari tu jatuh motor jumpa dia jugak.Selesai urusan,bergerak ke Kg Lokub untuk berurut.Memang sakit masa urut.Nenek kata ada urat yang bengkak,tu la kau sakit.Saya angguk-angguk jak la.Bukan tahu sangat-sangat bab urut-urut ni.Lega sikit lepas urut.
Apepun,di sini saya nak ucapkan jazakumullahkhukhairan kathira to my beloved akhwat, Kak Sada dan Rokiah yang temankan ke klinik dan berurut.
To Kak Sada: Saya sangat kagum dengan semangat akak.Semoga semangat Abdullah Ibnu Makhtum mengalir di jiwamu.Semoga thabat di jalanNya.Doakan saya juga thabat di jalan ini dan dipermudahkan urusan nikahnya.
To Rokiah:Jzkk coz selalu teman akak di rumah ni.Thanks a lot.
To all UMS akhaawat and my beloved murabbiyah:Uhibbukunna fillah.Moga ikatan ini berkekalan hingga ke syurga.Akak sayang korang semua kerana ALLAH.Susah senang kita di jalan yang panjang ini moga menjadikan kita akhaawat yang serba bisa.IA.
To akhwat student:Da’wah sungguh-sungguh,study juga begitu. Do it only For ALLAH,bukan kerana sesiapa dan apa-apa.Walaupun pahit,payah,lelah,sakit,fitnah dan sebagainya.Sabar dan doa.IA antunna akan dapat hasilnya.
“Dan mohonlah pertolongan kepada ALLAH) dengan sabar dan solat.Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu” (2:45)
Ok tu je kot untuk kali ni.Esok ada panggilan jihad.Perlu gerak selepas subuh.Wassalam.
Raudhatussyifa’
10.24PM
(7 Muharram 1433H)